Friday, November 29, 2013

ADAKAH HAIWAN LEBIH BERJEMAAH BERBANDING KITA?

 Berjemaah menuju satu arah.

    Burung migrasi tidak pernah bermusafir jauh bersendirian. mereka akan ber migrasi secara berjemaah. Bukan sekadar beramai-ramai bahkan bergitu berorganisasi sekali. Mereka akan terbang dalam formasi "V".

    Formasi itu bukan sekadar pertunjukan udara. Saintis mendapati bahawa dengan formasi itu, penerbangan menjadi lebih berkesan dengan mengurangkan rintangan angin dan menambahkan daya apung sesama mereka. Bergitu aerodinamik sekali. Hasilnya, burung-burung tersebut boleh terbang sejauh 71% lebih jauh berbanding terbang secara solo.
     Bergitulah seharusnya kita. Maka apabila kita menuju kepada suatu matlamat itu secara berjemaah, segala yang sukar menjadi mudah.

Sehebat jemaah semut.


   Semua orang tahu bahawa semut hidup berjemaah. Namun perkara yang paling menarik ialah semut-semut bekerja tanpa seliaan. Semut bukan setakat tahu tugas masing-masing, malah melaksanakan amanah tanpa dipaksa.
     Untuk membina sarang di atas dahan, semut-semut akan memaut daun-daun yang berdekatan sehingga bercantum lalu menjadi bulatan. Pautan sehelai daun akan dijayakan oleh beberapa ekor semut. Sebaik sahaja seekor semut berjaya mendapatkan hujung daun tersebut, maka yang lain menariknya. Apabila daun-daun mula bersentuhan, maka beberapa ekor semut menggenggamnya. Lalu terhasilah sebuah sarang buat teduhan bersama.
    Bergitulah sepatutnya kita. Nikmat hidup berjemaah dirasai apabila semua warga amanah melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Saturday, 20 April 2013

Hebatnya Bumi Ciptaan Allah s.w.t.

gambar hiasan

Entry bertajuk hebatnya bumi ciptaan Allah s.w.t. , aku mengumpulkan beberapa hadis tentang kelebihan Nabi kita tentang tempat untuk bersujud kepada Allah s.w.t.
antaranya:

Dari Abu Said al-Hudri r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Seluruh bumi adalah tempat sujud kecuali perkuburan dan kamar mandi".
(Hadis Sahih Ibnu Majah dan Tirmizi)

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Apabila iQamah sudah dikumandangkan, maka sama sekali tiada solat kecuali solat wajib".
(Hadis Riwayat Muslim, Al-Tirmizi, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)


Daripada Jabir r.a. , Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
"Dijadikan untukku bumi sebagai masjid (tempat sujud) yang suci".
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


Hadis Abu Zar r.a katanya: 
Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Masjid manakah yang pertama diasaskan atas muka bumi ini? Rasulullah menjawab: Masjidilharam. Aku bertanya lagi: Setelah itu, masjid mana pula? Baginda menjawab: Masjidilaqsa. Seterusnya aku bertanya: Berapa lamakah beza waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Empat puluh tahun. Walau pun begitu, di mana saja kamu berada apabila tiba waktu sembahyang, dirikanlah sembahyang kerana di situ juga merupakan masjid.
(Hadis Sahih riwayat Imam Muslim)


Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a katanya: 
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelumku. Semua Nabi sebelumku hanya diutuskan khusus kepada kaumnya sahaja, sedangkan aku diutuskan kepada manusia yang berkulit merah dan hitam iaitu seluruh manusia. Dihalalkan untukku harta rampasan perang, sedangkan ianya tidak pernah dihalalkan kepada seorang Nabi pun sebelumku. Disediakan untukku bumi yang subur lagi suci sebagai tempat untuk sujud iaitu sembahyang. Maka sesiapa pun apabila tiba waktu sembahyang walau di mana saja dia berada hendaklah dia mendirikan sembahyang. Aku juga diberikan pertolongan secara dapat menakutkan musuh dari jarak perjalanan selama satu bulan. Aku juga diberikan hak untuk memberi syafaat.
(Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim: Hadis no.810)


Jadi, seluruh bumi adalah tempat sujud kecuali tempat perkuburan, tempat-tempat bernajis dan sebagainya. Sila tinggalkan teguran kepada saya jika saya silap.
Terima kasih.

Contoh Akhlak Terpuji Rasulullah S.A.W


1. Manusia yang amat bertolak ansur.
2. Manusia yang berani,adil dan sopan santun sekali.
3. Tangannya tidak pernah sekali menyentuh kulit wanita ajnabi.
4. Amat permurah.
5. Suka membalas hadiah.
6. Tidak menerima atau memakan sesuatu pemberian sedekah.
7. Sangat marah jika hak Allah dicabuli, tetapi tidak marah kalau haknya dilanggari.
8. Sangat pendiam tetapi tidak sombong.
9. Sangat berbelas kasihan kepada semua manusia.

#ada beratus lagi akhlak mulia Rasulullah, akan diupdate kemudian. 

Syahadahnya Firaun di Hujung Nyawa


      Aku bercerita tentang syahadah firaun. Syahadah adalah penentu kehidupan di akhirat. Kebanyakan manusia gagal mengucapkan kalimah "Laila ha illallah" ketika menempuh sakaratul maut . Ada yang berkata berlaku sedemikian adalah hubung kait dengan amalan. Wallahualam. berbalik dengan kisah firaun. Allah s.w.t. menolak syahadahnya kerana dia pernah mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Bukan juga kerana dia berani ingin "membunuh" Allah dengan memanah langit. Syahadah firauh ditolak kerana tidak kena pada tempatnya.
   
     Dalam al-Quran Allah berfirman, mafhumnya: Sehingga apabila Firaun hampir tenggelam, dia pun berkata: "aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh bani Israel, dan aku termasuk orang yang berserah diri."
Allah s.w.t. berfirman: "adakah sekarang baru engkau beriman? padahal sesungguhnya sejak dahulu engkau telah kufur, derhaka dan termasuk orang yang melakukan kerosakan.
    "pada hari ini, Kami biarkan engkau (Firaun) terlepas dengan badanmu(mati) untuk menjadi tandi bagi orang di belakang kamu sebagai iktibar. Dan ingatlah, sesungguhnya ramai manusia yang lalai daripada memerhatikan tanda-tanda kekuasaan Kami!"
(Surah Yunus 10: 90-92)
     Taubat akan ditolak ketika taubat dilakukan dihujung nyawa. Wallahualam.

Sumber: - al-Quran surah yunus ayat 90 hingga 92
              -Kisah-kisah ringkas 25 Rasul

Friday, November 15, 2013

ENTRI 3=Mampukah kita boikot Yahudi?

MUHAMAD AZHARI BIN KACHIL 206123
ENTRI 3=Mampukah kita boikot Yahudi?
Pernahkah kita terfikir mengapa bangsa Yahudi menjadi bangsa yang begitu kuat pada hari ini? Walhal mereka adalah bangsa yang dikutuk dan dihina bukan sekadar dalam al-Quran sehingga dianggap sebagai bangsa perosak.Dalam sejarah dunia, Yahudi pernah dianggap parasit sehingga Jerman di bawah Nazi pimpinan Adolf Hitler tidak teragak-agak melakukan penyembelihan seramai enam juta umat Yahudi ketika Perang Dunia Kedua melalui peristiwa Holocoust.Sekalipun ada pihak yang mendakwa peristiwa ini dakyah Yahudi tetapi perlu diingat bahawa tidak pernah dalam sejarah moden sesebuah bangsa dihina sebegitu hebat.
Slogan‘‘boikot barangan Yahudi’’,adakah memberi kesan kepada mereka tetapi persoalan penting adakah kita mampu mengelak daripada menggunakan produk mereka?.Jika mampu sekalipun apakah alternatifnya?.Mari kita fikir sejenak.Memang tidak dapat disangkal lagi kaum Yahudi memang bangsa yang bijak.Sebagai Buktinya beratus  sarjana dan cendekiawana Yahudi telah memberi sumbangan dalam peradaban dunia.Sebagai contohnya dalam bidang perubatan mereka ialah Benjamin Rubin mencipta jarum vaksin moden (picagari), Albert Sabin membangunkan vaksin polio yang pertama, Gertude Elion menemui dadah melawan leukemia, Baruch Blumberg membangunkan vaksin untuk Hapititis B, Paul Ehrlich menemui rawatan penyakit siflis, Elie Metcnikoff memenangi hadiah Nobel melalui kajiannya mengenai penyakit berjangkit dan sebagainya.
Dalam bidang teknologi pula mereka ialah Stanley Mezor mencipta cip pemprosesan data yang pertama, Leo Szilard membangunkan rektor nuklear yang pertama, Peter Schultz mencipta kabel fiber optik, Charles Adler mencipta lampu isyarat, Benno Strauss menemui besi keluli, Isador Kissee menghasilkan filem bersuara, Emile Berliner mencipta telefon moden dan Charles Ginsburg mencipta perakam video.Ahli perniagaan tersohor dunia berketurunan Yahudi adalah seperti Ralph Lauren dengan jenama Polo, Levis Strauss, Howard Schultz (Starbuck), Sergey Brin (Goggle), Michael Dell (Dell Computers).Maka jika diteliti kesemua produk yang kita gunakan pada hari ini bermula daripada hasil ciptaan mereka.Persoalannya mengapa mereka begitu hebat? Kerana Yahudi menikmati pendidikan terbaik. Mengapa pula umat Islam terus mundur? Kerana kita umat Islam kurang mementingkan ilmu dalam pembinaan peradaban dan kemajuan yang kita kecapi pada hari ini.
Sebagai kesimpulannya kita memang tidak dapat lari daripada menggunakan produk mereka.Apa yang penting adalah ilmu pengetahuan untuk kita merekacipta alternatif yang lebih baik untuk kesejahteraan umat Islam.Ilmu merupakan pelaburan terbaik membina negara dan bangsa yang kukuh.Jangan kita jadikan ilmu seperti,‘buih dilautan’kerana kurangnya keupayaan dan kesungguhan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian,kita gagal mencambahkan ilmu yang bermanfaat  kepada generasi akan datang.