Friday, November 29, 2013

ADAKAH HAIWAN LEBIH BERJEMAAH BERBANDING KITA?

 Berjemaah menuju satu arah.

    Burung migrasi tidak pernah bermusafir jauh bersendirian. mereka akan ber migrasi secara berjemaah. Bukan sekadar beramai-ramai bahkan bergitu berorganisasi sekali. Mereka akan terbang dalam formasi "V".

    Formasi itu bukan sekadar pertunjukan udara. Saintis mendapati bahawa dengan formasi itu, penerbangan menjadi lebih berkesan dengan mengurangkan rintangan angin dan menambahkan daya apung sesama mereka. Bergitu aerodinamik sekali. Hasilnya, burung-burung tersebut boleh terbang sejauh 71% lebih jauh berbanding terbang secara solo.
     Bergitulah seharusnya kita. Maka apabila kita menuju kepada suatu matlamat itu secara berjemaah, segala yang sukar menjadi mudah.

Sehebat jemaah semut.


   Semua orang tahu bahawa semut hidup berjemaah. Namun perkara yang paling menarik ialah semut-semut bekerja tanpa seliaan. Semut bukan setakat tahu tugas masing-masing, malah melaksanakan amanah tanpa dipaksa.
     Untuk membina sarang di atas dahan, semut-semut akan memaut daun-daun yang berdekatan sehingga bercantum lalu menjadi bulatan. Pautan sehelai daun akan dijayakan oleh beberapa ekor semut. Sebaik sahaja seekor semut berjaya mendapatkan hujung daun tersebut, maka yang lain menariknya. Apabila daun-daun mula bersentuhan, maka beberapa ekor semut menggenggamnya. Lalu terhasilah sebuah sarang buat teduhan bersama.
    Bergitulah sepatutnya kita. Nikmat hidup berjemaah dirasai apabila semua warga amanah melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Saturday, 20 April 2013

Hebatnya Bumi Ciptaan Allah s.w.t.

gambar hiasan

Entry bertajuk hebatnya bumi ciptaan Allah s.w.t. , aku mengumpulkan beberapa hadis tentang kelebihan Nabi kita tentang tempat untuk bersujud kepada Allah s.w.t.
antaranya:

Dari Abu Said al-Hudri r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Seluruh bumi adalah tempat sujud kecuali perkuburan dan kamar mandi".
(Hadis Sahih Ibnu Majah dan Tirmizi)

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Apabila iQamah sudah dikumandangkan, maka sama sekali tiada solat kecuali solat wajib".
(Hadis Riwayat Muslim, Al-Tirmizi, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)


Daripada Jabir r.a. , Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
"Dijadikan untukku bumi sebagai masjid (tempat sujud) yang suci".
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


Hadis Abu Zar r.a katanya: 
Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Masjid manakah yang pertama diasaskan atas muka bumi ini? Rasulullah menjawab: Masjidilharam. Aku bertanya lagi: Setelah itu, masjid mana pula? Baginda menjawab: Masjidilaqsa. Seterusnya aku bertanya: Berapa lamakah beza waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Empat puluh tahun. Walau pun begitu, di mana saja kamu berada apabila tiba waktu sembahyang, dirikanlah sembahyang kerana di situ juga merupakan masjid.
(Hadis Sahih riwayat Imam Muslim)


Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a katanya: 
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelumku. Semua Nabi sebelumku hanya diutuskan khusus kepada kaumnya sahaja, sedangkan aku diutuskan kepada manusia yang berkulit merah dan hitam iaitu seluruh manusia. Dihalalkan untukku harta rampasan perang, sedangkan ianya tidak pernah dihalalkan kepada seorang Nabi pun sebelumku. Disediakan untukku bumi yang subur lagi suci sebagai tempat untuk sujud iaitu sembahyang. Maka sesiapa pun apabila tiba waktu sembahyang walau di mana saja dia berada hendaklah dia mendirikan sembahyang. Aku juga diberikan pertolongan secara dapat menakutkan musuh dari jarak perjalanan selama satu bulan. Aku juga diberikan hak untuk memberi syafaat.
(Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim: Hadis no.810)


Jadi, seluruh bumi adalah tempat sujud kecuali tempat perkuburan, tempat-tempat bernajis dan sebagainya. Sila tinggalkan teguran kepada saya jika saya silap.
Terima kasih.

Contoh Akhlak Terpuji Rasulullah S.A.W


1. Manusia yang amat bertolak ansur.
2. Manusia yang berani,adil dan sopan santun sekali.
3. Tangannya tidak pernah sekali menyentuh kulit wanita ajnabi.
4. Amat permurah.
5. Suka membalas hadiah.
6. Tidak menerima atau memakan sesuatu pemberian sedekah.
7. Sangat marah jika hak Allah dicabuli, tetapi tidak marah kalau haknya dilanggari.
8. Sangat pendiam tetapi tidak sombong.
9. Sangat berbelas kasihan kepada semua manusia.

#ada beratus lagi akhlak mulia Rasulullah, akan diupdate kemudian. 

Syahadahnya Firaun di Hujung Nyawa


      Aku bercerita tentang syahadah firaun. Syahadah adalah penentu kehidupan di akhirat. Kebanyakan manusia gagal mengucapkan kalimah "Laila ha illallah" ketika menempuh sakaratul maut . Ada yang berkata berlaku sedemikian adalah hubung kait dengan amalan. Wallahualam. berbalik dengan kisah firaun. Allah s.w.t. menolak syahadahnya kerana dia pernah mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Bukan juga kerana dia berani ingin "membunuh" Allah dengan memanah langit. Syahadah firauh ditolak kerana tidak kena pada tempatnya.
   
     Dalam al-Quran Allah berfirman, mafhumnya: Sehingga apabila Firaun hampir tenggelam, dia pun berkata: "aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh bani Israel, dan aku termasuk orang yang berserah diri."
Allah s.w.t. berfirman: "adakah sekarang baru engkau beriman? padahal sesungguhnya sejak dahulu engkau telah kufur, derhaka dan termasuk orang yang melakukan kerosakan.
    "pada hari ini, Kami biarkan engkau (Firaun) terlepas dengan badanmu(mati) untuk menjadi tandi bagi orang di belakang kamu sebagai iktibar. Dan ingatlah, sesungguhnya ramai manusia yang lalai daripada memerhatikan tanda-tanda kekuasaan Kami!"
(Surah Yunus 10: 90-92)
     Taubat akan ditolak ketika taubat dilakukan dihujung nyawa. Wallahualam.

Sumber: - al-Quran surah yunus ayat 90 hingga 92
              -Kisah-kisah ringkas 25 Rasul

Friday, November 15, 2013

ENTRI 3=Mampukah kita boikot Yahudi?

MUHAMAD AZHARI BIN KACHIL 206123
ENTRI 3=Mampukah kita boikot Yahudi?
Pernahkah kita terfikir mengapa bangsa Yahudi menjadi bangsa yang begitu kuat pada hari ini? Walhal mereka adalah bangsa yang dikutuk dan dihina bukan sekadar dalam al-Quran sehingga dianggap sebagai bangsa perosak.Dalam sejarah dunia, Yahudi pernah dianggap parasit sehingga Jerman di bawah Nazi pimpinan Adolf Hitler tidak teragak-agak melakukan penyembelihan seramai enam juta umat Yahudi ketika Perang Dunia Kedua melalui peristiwa Holocoust.Sekalipun ada pihak yang mendakwa peristiwa ini dakyah Yahudi tetapi perlu diingat bahawa tidak pernah dalam sejarah moden sesebuah bangsa dihina sebegitu hebat.
Slogan‘‘boikot barangan Yahudi’’,adakah memberi kesan kepada mereka tetapi persoalan penting adakah kita mampu mengelak daripada menggunakan produk mereka?.Jika mampu sekalipun apakah alternatifnya?.Mari kita fikir sejenak.Memang tidak dapat disangkal lagi kaum Yahudi memang bangsa yang bijak.Sebagai Buktinya beratus  sarjana dan cendekiawana Yahudi telah memberi sumbangan dalam peradaban dunia.Sebagai contohnya dalam bidang perubatan mereka ialah Benjamin Rubin mencipta jarum vaksin moden (picagari), Albert Sabin membangunkan vaksin polio yang pertama, Gertude Elion menemui dadah melawan leukemia, Baruch Blumberg membangunkan vaksin untuk Hapititis B, Paul Ehrlich menemui rawatan penyakit siflis, Elie Metcnikoff memenangi hadiah Nobel melalui kajiannya mengenai penyakit berjangkit dan sebagainya.
Dalam bidang teknologi pula mereka ialah Stanley Mezor mencipta cip pemprosesan data yang pertama, Leo Szilard membangunkan rektor nuklear yang pertama, Peter Schultz mencipta kabel fiber optik, Charles Adler mencipta lampu isyarat, Benno Strauss menemui besi keluli, Isador Kissee menghasilkan filem bersuara, Emile Berliner mencipta telefon moden dan Charles Ginsburg mencipta perakam video.Ahli perniagaan tersohor dunia berketurunan Yahudi adalah seperti Ralph Lauren dengan jenama Polo, Levis Strauss, Howard Schultz (Starbuck), Sergey Brin (Goggle), Michael Dell (Dell Computers).Maka jika diteliti kesemua produk yang kita gunakan pada hari ini bermula daripada hasil ciptaan mereka.Persoalannya mengapa mereka begitu hebat? Kerana Yahudi menikmati pendidikan terbaik. Mengapa pula umat Islam terus mundur? Kerana kita umat Islam kurang mementingkan ilmu dalam pembinaan peradaban dan kemajuan yang kita kecapi pada hari ini.
Sebagai kesimpulannya kita memang tidak dapat lari daripada menggunakan produk mereka.Apa yang penting adalah ilmu pengetahuan untuk kita merekacipta alternatif yang lebih baik untuk kesejahteraan umat Islam.Ilmu merupakan pelaburan terbaik membina negara dan bangsa yang kukuh.Jangan kita jadikan ilmu seperti,‘buih dilautan’kerana kurangnya keupayaan dan kesungguhan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian,kita gagal mencambahkan ilmu yang bermanfaat  kepada generasi akan datang.



Friday, October 18, 2013

SALAM AIDILADHA

Pengorbanan dan Kesabaran

Salam Aidiladha kepada semua umat Islam.Hari ini saya ingin berkongsi hikmah disebalik sambutan Hari Raya Haji atau sering disebut Hari Raya Korban yang saban tahun disambut oleh seluruh umat islam sama ada yang mengerjakan haji di Makkah ataupun yang berada di tanah air.

Aidiladha dirayakan pada 10 Zulhijjah setiap tahun dan ditambah dengan 3 hari Tasriq iaitu 11,12,dan 13 Zulhijjah.Umat islam digalakkan untuk menyembelih korban haiwan ternakan seperti lembu,kambing,kibas,kerbau dan unta yang telah memenuhi beberapa syarat seperti yang termaktub di dalam al-Quran.Perayaan ini membawa sejuta erti bagi yang menghayati erti sebenar pengorbanan dan kesabaran.Mari kita imbas kembali sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S. Allah ingin menguji seorang hambanya yang bergelar nabi ketika itu.Baginda Nabi Ibrahim telah mendapat alamat mimpi dimana Allah menyuruh beliau menyembelih anaknya Nabi Ismail sebagai korban.

Bayangkan bagaimana perasaan seorag ayah yang berhajat ingin memiliki seorang anak yang bertahun-tahun bersabar menunggu tiba-tiba sahaja harus menyembelih anaknya.Klimak cerita ini maka tibalah masanya seperti yang diperintahkan oleh Allah S.WT. Pada ketika itu bayangkan wajah Ismail sebagai korban dan ayahnya Ibrahim hendak menyembelih anaknya serta hasutan syaitan yang berduyun-duyun menghujani fikiran dan hati mereka tetapi kerana keimanan mereka terhadap Allah maka dengan iringan air mata keinsafan dan penyerahan diri kepada pencipta maka kemuncaknya Allah menggantikan seekor kibas bagi menggantikan anaknya Ismail untuk disembelih.

Maka kesimpulan dari rentetan sejarah ini dapat kita simpulkan bahawa keimanan seseorang akan dapat melawan bisikan syaitan dan segala ibadah yang kita lakukan dengan ikhlas kerana Allah,InsyaAllah akan mendapat ganjarannya sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.sekian

Wednesday, October 2, 2013

ENTRI 2=1MALAYSIA:KONSEP 1 MALAYSIA

MUHAMAD AZHARI BIN KACHIL= 206123
SBLM1023 INTRODUCTION TO WRITING GROUP=F
LECTURE: MOHAMAD AZMI B AB RAHMAN

“1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.”- Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak -
Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 yang  mencetuskan idea‘1 Malaysia’. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai.
Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyat nya bersatu padu. Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identity nasional yang sama. Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia , dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
          Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

















ENTRI 1=TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA: MELAHIRKAN MODAL INSAN BERKUALITI

Muhamad Azhari Bin Kachil =206123
SBLM1023 INTRODUCTION TO WRITING GROUP=F
LECTURE: MOHAMAD AZMI B AB RAHMAN 

        Ramai yang boleh menyebut ‘modal insan’tetapi tidak ramai yang faham erti sebenar hasrat kerajaan ini.Hasrat kementerian adalah bertujuan menghasilkan satu sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.Pendidikan bukan hanya satu elemen yang sangat penting dalam pembangunan peribadi seseorang insan, malah ia merupakan penyumbang utama kepada pembangunan modal sosial dan ekonomi sesebuah negara.Usaha ini bagi memastikan belia mempunyai kreativiti dan memupuk inovasi mereka, agar mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran dan merupakan pemacu utama pertumbuhan ekonomi.
Selain itu kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan standard negara daripada tergolong dalam kumpulan terbawah kepada paling atas bagi penilaian antarabangsa seperti Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) dalam tempoh 15 tahun.Sasaran lain pula membina satu sistem pendidikan yang mendidik anak bangsa menghargai identiti unik negara sebagai rakyat Malaysia.
Transformasi sistem pendidikan bukan satu usaha yang mudah dan kemungkinan besar kita akan menghadapi beberapa cabaran.Maka kesimpulannya semua pihak perlu berganding bahu dalam memastikan sistem pendidikan kita setaraf malah lebih baik daripada negara lain.




sukan untuk sihat atau untuk wang

Sukan untuk sihat atau sukan untuk wang?
Tujuan kita bersukan adalah untuk menyihatkan badan sambil berhibur. Pada zaman yang lampau sukan dianggap benda sampingan yang tidak pernah dianggap penting dalam kehidupan manusia.Malah kita tidak pernah bertemu rekod-rekod kejayaan yang pernah dicapai dalam sukan semasa zaman kerajaan kesultanan Melayu Melaka. Malah tidak pernah adanya tercatat nama-nama pemegang juara sukan dalam buku-buku sejarah lama.
Malam berganti siang,hari berganti bulan,bulan berganti tahun begitu lah peredaran masa berlalu seperti air mengalir dari hulu ke hilir yang tidak akan kembali lagi.Kalau kita lihat hari ini, mereka yang menceburi bidang sukan amat berjaya malah mengubah kehidupan mereka 360% dimana sukan dijadikan kerjaya yang mampu meraih pendapatan yang lumayan malah bergelar jutawan seperti Datuk Nicol David dan Datuk Lee Choong Wei dan banyak lagi.Memang tidak dinafikan sukan mempunyai banyak kebaikan tetapi sukan juga telah banyak disalah gunakan dan menyimpang dari tujuan asal.
Dalam dunia pekerjaan yang banyak berorientasikan kerja-kerja pejabat, kita kurang berpeluh dan bergerak. Oleh itu untuk memenuhi fitrah tubuh badan yang perlu bergerak dan berpeluh untuk ia sentiasa sihat, maka kita perlu bersukan.Itulah matlamat utama kita bersukan.Sama ada benar atau tidak, pertandingan dan perlawanan dalam sukan, dikatakan dapat menyalurkan naluri manusia yang suka berperang.Wallahualam.
Tetapi di zaman moden ini sukan telah bertukar menjadi industri hiburan yang boleh menjana kekayaan. Berbagai cara digunakan untuk menarik orang ramai menonton acara sukan. Sukan yang asalnya bertujuan untuk kesihatan telah bertukar haluan kepada untuk wang.Banyak masa dan tenaga dihabiskan begitu saja untuk sukan. Kita terpaksa membayar untuk mendapatkan hiburan. Semua orang sukakan hiburan. Secara semulajadinya manusia suka dan terhibur bila mendengar nyanyian, melihat tarian, mendengar dan menonton cerita, dan menonton acara sukan.
Sukan juga banyak dikaitkan dengan perkara-perkara negatif seperti penggunaan dadah dalam mengejar kemenangan, dan pertandingan dalam sukan selalu digunakan oleh kaki-kaki judi untuk pertaruhan. Orang ramai dilalaikan dari melakukan kerja-kerja yang lebih berfaedah dengan berjam-jam masa dihabiskan menonton sukan di TV dan di gelanggang sukan.Selain itu mari kita lihat Kelab-kelab bola sepak di Eropah sanggup berbelanja beratus juta dollar untuk membeli pemain terbaik dari serata dunia. Sudah tentu kelab-kelab ini mendapat pulangan atau keuntungan lumayan dari pelaburan mereka itu. Dan sudah tentu keuntungan itu datang dari duit penonton yang ‘menggilai’ sukan bola sepak, iklan dan juga dari media penyiaran.
Sebagai kesimpulannya mari kita sama-sama jadikan sukan suatau amalan gaya hidup sihat.Walaupun kita memang tidak berbakat dalam sukan tetapi memadailah sekadar bersukan untuk mengeluarkan peluh..Mari kita alihkan minat anak-anak kita daripada hiburan dan permainan video game kepada aktiviti yang sihat.



SDIKS

SDIKS?? Ape yang tersembunyi daripada anatomi perkataan ini?.SDIKS bermaksud 'sejuknya doa ibu kita sendiri'.Ibu,emak,umi dan lain-lain lagi panggilan merupakan panggilan keramat kepada seorang wanita yang melahirkan kita melihat dunia ini.Ucapan seorang ibu merupakan doa kepada anaknya.Maka ucapan yang baik daripada ibu akan membawa kesejahteraan kepada ank dan sebaliknya pula jika hati ibu terluka serta mengeluarkan kata-kata yang kurang baik maka AWAS!! cepat-cepatlah anda sebagai anak memohon maaf kepada ibu anda.
Apa yang ingin saya peringatkan adalah untuk peringatan diri sendiri saya juga kerana saya adalah anak lelaki.Mengapa LELAKI?Kerana lelaki diwajibkan tanggungjawab keatasnya kepada ibu yang melahirkannya walaupun sudah berkahwin berbeza dengan wanita yang akan beralih tanggungjawab kepada suaminya apabila berkahwin kelak-syurga itu dibawah tapak kaki ibu-
remainder!!3oktober 2013 aku sign up blog ini.