Pengorbanan dan Kesabaran
Salam
Aidiladha kepada semua umat Islam.Hari ini saya ingin berkongsi hikmah
disebalik sambutan Hari Raya Haji atau sering disebut Hari Raya Korban yang
saban tahun disambut oleh seluruh umat islam sama ada yang mengerjakan haji di
Makkah ataupun yang berada di tanah air.
Aidiladha
dirayakan pada 10 Zulhijjah setiap tahun dan ditambah dengan 3 hari Tasriq
iaitu 11,12,dan 13 Zulhijjah.Umat islam digalakkan untuk menyembelih korban
haiwan ternakan seperti lembu,kambing,kibas,kerbau dan unta yang telah memenuhi
beberapa syarat seperti yang termaktub di dalam al-Quran.Perayaan ini membawa
sejuta erti bagi yang menghayati erti sebenar pengorbanan dan kesabaran.Mari
kita imbas kembali sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail
A.S. Allah ingin menguji seorang hambanya yang bergelar nabi ketika itu.Baginda
Nabi Ibrahim telah mendapat alamat mimpi dimana Allah menyuruh beliau
menyembelih anaknya Nabi Ismail sebagai korban.
Bayangkan bagaimana perasaan seorag ayah
yang berhajat ingin memiliki seorang anak yang bertahun-tahun bersabar menunggu
tiba-tiba sahaja harus menyembelih anaknya.Klimak cerita ini maka tibalah
masanya seperti yang diperintahkan oleh Allah S.WT.
Pada ketika itu bayangkan wajah Ismail sebagai korban dan ayahnya Ibrahim
hendak menyembelih anaknya serta hasutan syaitan yang berduyun-duyun menghujani
fikiran dan hati mereka tetapi kerana keimanan mereka terhadap Allah maka
dengan iringan air mata keinsafan dan penyerahan diri kepada pencipta maka
kemuncaknya Allah menggantikan seekor kibas bagi menggantikan anaknya Ismail untuk
disembelih.
Maka kesimpulan dari rentetan sejarah
ini dapat kita simpulkan bahawa keimanan seseorang akan dapat melawan bisikan
syaitan dan segala ibadah yang kita lakukan dengan ikhlas kerana
Allah,InsyaAllah akan mendapat ganjarannya sama ada di dunia mahupun di akhirat
kelak.sekian