MUHAMAD AZHARI BIN KACHIL= 206123
SBLM1023 INTRODUCTION TO WRITING GROUP=F
LECTURE: MOHAMAD AZMI B AB RAHMAN
“1Malaysia adalah satu gagasan bagi
memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan
beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat
Malaysia.”- Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak -
Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji
Abdul Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 yang mencetuskan idea‘1 Malaysia’. 1Malaysia
adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya
menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah
dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan
pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi
perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan
yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain
1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan
aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai.
Pengertian ini adalah berdasarkan
hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan
melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh
dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyat nya bersatu padu. Perpaduan
yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang
diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan
dan diganti dengan satu identity nasional yang sama. Sebaliknya 1Malaysia
menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta
identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia , dan menganggapnya sebagai
satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia menekankan sikap
penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima
keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling
hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
Menjadi asas kepada semua ini adalah
prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum
akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah
mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza.
Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang
memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
1Malaysia adalah penerusan agenda
membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan
terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara
kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka
urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.
No comments:
Post a Comment