Muhamad Azhari Bin Kachil =206123
SBLM1023 INTRODUCTION TO WRITING GROUP=F
LECTURE: MOHAMAD AZMI B AB RAHMAN Ramai yang boleh menyebut ‘modal insan’tetapi tidak ramai yang faham erti sebenar hasrat kerajaan ini.Hasrat kementerian adalah bertujuan menghasilkan satu sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.Pendidikan bukan hanya satu elemen yang sangat penting dalam pembangunan peribadi seseorang insan, malah ia merupakan penyumbang utama kepada pembangunan modal sosial dan ekonomi sesebuah negara.Usaha ini bagi memastikan belia mempunyai kreativiti dan memupuk inovasi mereka, agar mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran dan merupakan pemacu utama pertumbuhan ekonomi.
Selain itu
kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan standard negara daripada tergolong
dalam kumpulan terbawah kepada paling atas bagi penilaian antarabangsa seperti
Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian
Murid Antarabangsa (PISA) dalam tempoh 15 tahun.Sasaran lain pula membina satu
sistem pendidikan yang mendidik anak bangsa menghargai identiti unik negara
sebagai rakyat Malaysia.
Transformasi
sistem pendidikan bukan satu usaha yang mudah dan kemungkinan besar kita akan
menghadapi beberapa cabaran.Maka kesimpulannya semua pihak perlu berganding
bahu dalam memastikan sistem pendidikan kita setaraf malah lebih baik daripada
negara lain.
No comments:
Post a Comment