Friday, October 18, 2013

SALAM AIDILADHA

Pengorbanan dan Kesabaran

Salam Aidiladha kepada semua umat Islam.Hari ini saya ingin berkongsi hikmah disebalik sambutan Hari Raya Haji atau sering disebut Hari Raya Korban yang saban tahun disambut oleh seluruh umat islam sama ada yang mengerjakan haji di Makkah ataupun yang berada di tanah air.

Aidiladha dirayakan pada 10 Zulhijjah setiap tahun dan ditambah dengan 3 hari Tasriq iaitu 11,12,dan 13 Zulhijjah.Umat islam digalakkan untuk menyembelih korban haiwan ternakan seperti lembu,kambing,kibas,kerbau dan unta yang telah memenuhi beberapa syarat seperti yang termaktub di dalam al-Quran.Perayaan ini membawa sejuta erti bagi yang menghayati erti sebenar pengorbanan dan kesabaran.Mari kita imbas kembali sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S. Allah ingin menguji seorang hambanya yang bergelar nabi ketika itu.Baginda Nabi Ibrahim telah mendapat alamat mimpi dimana Allah menyuruh beliau menyembelih anaknya Nabi Ismail sebagai korban.

Bayangkan bagaimana perasaan seorag ayah yang berhajat ingin memiliki seorang anak yang bertahun-tahun bersabar menunggu tiba-tiba sahaja harus menyembelih anaknya.Klimak cerita ini maka tibalah masanya seperti yang diperintahkan oleh Allah S.WT. Pada ketika itu bayangkan wajah Ismail sebagai korban dan ayahnya Ibrahim hendak menyembelih anaknya serta hasutan syaitan yang berduyun-duyun menghujani fikiran dan hati mereka tetapi kerana keimanan mereka terhadap Allah maka dengan iringan air mata keinsafan dan penyerahan diri kepada pencipta maka kemuncaknya Allah menggantikan seekor kibas bagi menggantikan anaknya Ismail untuk disembelih.

Maka kesimpulan dari rentetan sejarah ini dapat kita simpulkan bahawa keimanan seseorang akan dapat melawan bisikan syaitan dan segala ibadah yang kita lakukan dengan ikhlas kerana Allah,InsyaAllah akan mendapat ganjarannya sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.sekian

No comments:

Post a Comment