Sukan
untuk sihat atau sukan untuk wang?
Tujuan
kita bersukan adalah untuk menyihatkan badan sambil berhibur. Pada zaman yang
lampau sukan dianggap benda sampingan yang tidak pernah dianggap penting dalam
kehidupan manusia.Malah kita tidak pernah bertemu rekod-rekod kejayaan yang
pernah dicapai dalam sukan semasa zaman kerajaan kesultanan Melayu Melaka.
Malah tidak pernah adanya tercatat nama-nama pemegang juara sukan dalam
buku-buku sejarah lama.
Malam
berganti siang,hari berganti bulan,bulan berganti tahun begitu lah peredaran
masa berlalu seperti air mengalir dari hulu ke hilir yang tidak akan kembali
lagi.Kalau kita lihat hari ini, mereka yang menceburi bidang sukan amat berjaya
malah mengubah kehidupan mereka 360% dimana sukan dijadikan kerjaya yang mampu
meraih pendapatan yang lumayan malah bergelar jutawan seperti Datuk Nicol David
dan Datuk Lee Choong Wei dan banyak lagi.Memang tidak dinafikan sukan mempunyai
banyak kebaikan tetapi sukan juga telah banyak disalah gunakan dan menyimpang
dari tujuan asal.
Dalam
dunia pekerjaan yang banyak berorientasikan kerja-kerja pejabat, kita kurang
berpeluh dan bergerak. Oleh itu untuk memenuhi fitrah tubuh badan yang perlu
bergerak dan berpeluh untuk ia sentiasa sihat, maka kita perlu bersukan.Itulah
matlamat utama kita bersukan.Sama ada benar atau tidak, pertandingan dan
perlawanan dalam sukan, dikatakan dapat menyalurkan naluri manusia yang suka
berperang.Wallahualam.
Tetapi
di zaman moden ini sukan telah bertukar menjadi industri hiburan yang boleh
menjana kekayaan. Berbagai cara digunakan untuk menarik orang ramai menonton
acara sukan. Sukan yang asalnya bertujuan untuk kesihatan telah bertukar haluan
kepada untuk wang.Banyak masa dan tenaga dihabiskan begitu saja untuk sukan.
Kita terpaksa membayar untuk mendapatkan hiburan. Semua orang sukakan hiburan.
Secara semulajadinya manusia suka dan terhibur bila mendengar nyanyian, melihat
tarian, mendengar dan menonton cerita, dan menonton acara sukan.
Sukan
juga banyak dikaitkan dengan perkara-perkara negatif seperti penggunaan dadah
dalam mengejar kemenangan, dan pertandingan dalam sukan selalu digunakan oleh
kaki-kaki judi untuk pertaruhan. Orang ramai dilalaikan dari melakukan
kerja-kerja yang lebih berfaedah dengan berjam-jam masa dihabiskan menonton
sukan di TV dan di gelanggang sukan.Selain itu mari kita lihat Kelab-kelab bola
sepak di Eropah sanggup berbelanja beratus juta dollar untuk membeli pemain
terbaik dari serata dunia. Sudah tentu kelab-kelab ini mendapat pulangan atau
keuntungan lumayan dari pelaburan mereka itu. Dan sudah tentu keuntungan itu
datang dari duit penonton yang ‘menggilai’ sukan bola sepak, iklan dan juga
dari media penyiaran.
Sebagai
kesimpulannya mari kita sama-sama jadikan sukan suatau amalan gaya hidup sihat.Walaupun
kita memang tidak berbakat dalam sukan tetapi memadailah sekadar bersukan untuk
mengeluarkan peluh..Mari kita alihkan minat anak-anak kita daripada hiburan dan
permainan video game kepada aktiviti yang sihat.
No comments:
Post a Comment